Pelajar 5A UPSR Tahun 2011

Analisis Keputusan UPSR 2011

Pelajar Cemerlang UPSR (5A) Tahun 2011

Hari Graduasi Tahun 6 SKMBII 2011

English Day SKMBII - 31 Oktober 2011

Pertandingan Mewarna SKMBII - 31 Oktober 2011

HARI KANTIN 2011

Pada 22 Oktober 2011, SKMB 11 telah mengadakan Hari Kantin anjuran bersama PIBG bertujuan mengumpul dana bagi menambah tabung PIBG SKMB11.
Seawal 7.30 pagi sekitar kawasan sekolah telah dibanjiri para pelajar dan ibu bapa. Pelbagai aktiviti telah diadakan dengan kerjasama ibu bapa, agensi luar dan badan koperat seperti Bank Rakyat, Agro Bank, syarikat-syarikat insyuran, jualan buku, jualan alat mainan, jualan makanan, jualan 'Jumbo' barangan terpakai, play land dan Rumah Hantu.
Suasana bertambah meriah apabila adanya pertandingan mewarna dan kehadiran maskot Nuri Bank Rakyat. Peserta pertandingan mewarna terdiri daripada kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 12 tahun yang telah membuka akaun simpanan dalam Bank Rakyat. Turut serta ialah pelajar-pelajar dari sekolah berhampiran.
Majlis penutup dan Penyampaian Hadiah telah diadakan pada pukul 12 tengah hari di Dewan Besar.

Kem Membaca 1 Malaysia SKMBII : 10 Oktober 2011

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia dan Bulan Bahasa Kebangsaan telah diadakan serentak pada 10 Oktober 2011 di Dewan Besar SKMB 11. Kem Membaca 1 Malaysia bertujuan memupuk minat atau tabiat membaca yang berterusan di kalangan pelajar khasnya selepas peperiksaan sehinggalah cuti sekolah. Bulan Bahasa Kebangsaan pula bertujuan memantap dan memartabatkan penggunaan Bahasa Kebangsaan dikalangan murid-murid pelbagai kaum di Malaysia. Aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia adalah anjuran bersama unit Bacaan Pusat Sumber Sekolah dengan panitia Bahasa Ingeris dan Bahasa Melayu.

Majlis pelancaran dimulai dengan bacaan doa, diikuti taklimat aktiviti oleh penyelaras PSS Pn Azizah bt Razak. Seterusnya ucapan dan paluan gong perasmian oleh Pn Hjh Aishah bt Mat Akat selaku Guru Besar SKMB 11. Serentak dengan itu aktiviti membaca selama 10 minit oleh semua pelajar dan guru diadakan. Akhir sekali persembahan koir bertajuk 'Bahasa Jiwa Bangsa'oleh pelajar-pelajar tahun 6. Kem Membaca 1 Malaysia dan Bulan Bahasa Kebangsaan akan berakhir pad 1 November 2011.


Kem Membaca 1 Malaysia SKMBII

Hari Ko-Kurikulum : Mendaki Bukit Mertajam

Pada 5 Oktober 2011, sempena Hari Ko-Kurikulum telah diadakan aktiviti mendaki Bukit Mertajam. Peserta terdiri daripada semua murid tahun 4, 5 dan 6 serta 15 orang guru. Bermula pukul 8 pagi, semua peserta dibawa menaiki bas ke Hutan Lipur Cerok Tokun. Sebelum pendakian bermula semua peserta berkumpul sambil mengadakan aktiviti senaman . Pendakian bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. 10 orang bagi setiap aliran telah dipilih sebagai pemenang. Upacara penyampaian hadiah diadakan apabila balik semula ke sekolah.

Ko-Kurikulum : Mendaki Bukit Mertajam, P.Pinang

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2011

Pada 26 Ogos 2011, Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan bagi menutup tirai Program Ihya' Ramadhan bertempat di Dewan Besar SKMBII. Program ini adalah anjuran Panitia Agama Islam dengan kerjasama semua guru beragama Islam. Aktiviti yang telah dijalankankan sepanjang bulan Ramadhan ialah:

1. KULTIM (RADIO PAGI) - Bacaan ayat Al-Quran
2. Kad Muhasabah Solat/ puasa
3. Tadarus Al-Quran - penglibatan murid dan guru
4. Pertandingan kuiz terkumpul
5. KLAQ (kelas literasi Al-Quran)
6. IFTAR JAMA'IE (majlis berbuka puasa)
7. Khatam Al-Quran
8. Salam Aidil Fitri

Bermula seawal jam 8.00 pagi semua murid dan guru berkumpul di dalam dewan. Acara dimulai dengan lafaz doa dan bacaan Al-Quran oleh adik Mohd Muaz dari kelas 6A. Diikuti dengan ucapan oleh KP Agama Islam Pn Norazini dan ucapan oleh GB Pn Hjh Aishah bt Mat Akat. Dalam majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah. Kemuncak acara ialah penyampaian hadiah dan cenderahati kepada semua murid dan guru yang telah bersama-sama menjayakan Program Ihya' Ramadhan.

Sekitar jam 11.30 pagi, majlis diakhiri dengan bersalam-salaman antara murid dan guru sambil bermaafan. Pemberian 'duit raya'dengan iringan lagu-lagu Hari Raya tambah memeriahkan lagi majlis ini.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Penutup Ihya Ramadhan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA WARGA SKMB II

 

Posted by Picasa

Sukan Tahunan SKMBII 2011

PENDAFTARAN PRA-SEKOLAH TAHUN 2012

Pendaftaran pra-sekolah 2012 bagi kanak-kanak yang lahir tahun 2006 dan 2007 telah dibuka. Bagi sesiapa yang berminat boleh dapatkan borang di pra-sekolah dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang.Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Ogos 2011.
Sekian Terima-kasih


Rasulullah S.A.W.bersabda.Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahan adalah keampunan dan penghujung adalah kebebasan dari api neraka.

Selamat menyambut Ramadhan Almubarak dan menjalani ibadat puasa dengan sempurna.

WHO'S THE GENIUS?



Pada 16 Julai 2011, SKMB11 telah berjaya terpilih bagi menyertai pertandingan WHO'S THE GENIUS? CABARAN NASIONAL 2011 anjuran The New Strait Times peringkat Zon Utara DI Plaza Gerney, P.Pinang. Seramai 3 orang pelajar telah mewakili SKMB11 iaitu Muhammad Nasri b Nasehir Khan, Nadiah Farhanah bt Zakaria dan Nurul Amila bt Amir Husin. Sebanyak 25 buah sekolah dari Zon Utara telah menyertai pertandingan ini. Topik yang diuji adalah berkaitan dengan pengetahuan am, subjek sekolah iaitu sains, B. Inggeris dan B. Melayu serta kepintaran IQ. Walaupun SKMB11 tidak memenangi pertandingan tetapi menerima hadiah saguhati kategori 10 penyertaan terbaik. Syabas kepada para peserta SKMB11 kerana telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan yang dikemukakan.SKMB11 berharap akan lebih berjaya pada masa hadapan.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat Daerah Seberang Perai Tengah telah diadakan di Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai.

Majlis APC ini dirasmikan oleh YB Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah (DMSM, PJK ) Adun Kawasan Seberang Jaya. Seramai 418 warga pendidik dan kakitangan sokongan menerima APC.

Tahniah kepada warga SKMBII yang menerima APC.
APC

KEMBARA PERLIS


Pada 15 Jun 2011yang lalu, seramai 80 orang murid terdiri daripada barisan Pemimpin Murid SKMB II beserta 9 orang guru pengiring mengikut Lawatan Kepimpinan Sambil Belajar yang kendalikan oleh Pn. Shuhaida binti Othman , Guru Bimbingan dan Kaunseling.
Guru pengiring pula terdiri daripada PK Pentadbiran Pn. Che Maizon bt Che Rose, Guru Disiplin En. Yusof b. Jamaluddin, Guru Pengawas Pn. Norzaini bt Zainal Abidin, Guru PSS dan Media Pn Azizah bt Razak, Guru Data En. Idrus b. Abdul Rahman, Guru PJ En. Yusnizan bt Yusof, Guru SPBT Pn. Nur Fatnin bt Ahmad Desa dan Staf Pejabat Pn. Rosilah Guru Pengawas Lawatan pertama adalah ke Sekolah Kebangsaan Sena yang merupakan salah sebuah sekolah kluster di negeri Perlis Indera Kayangan.

Kedatangan peserta lawatan disambut dengan penuh mesra oleh Guru Besar, Encik Roslan bin Yatim serta Penolong-penolong Kanan , guru-guru dan murid-murid SK Sena.Lawatan kami disajikan dengan persembahan penerbitan multimedia dan pengedalian alatan kamera video oleh CyKidzCRAZE , penerangan P&P matematik oleh “Doctor Mathematics” serta aksi lompat tali berirama oleh Sena Jumpers. Selepas itu ahli rombongan dibawa melawat bilik-bilik khas. Banyak pengalaman baru yang dapat diperolehi sepanjang lawatan ke SK Sena. Terima Kasih diucapkan kepada Warga SK Sena kerana sudi menerima kunjungan Warga SKMB II.

Destinasi seterusnya ialah ke Taman Ular dan Padang Besar.Alhamdulillah program lawatan ini berjalan lancar sekali dengan sokongan dan kerjasama semua guru yang terlibat. Semoga peserta dapat menimba banyak pengalaman baru sepanjang lawatan ini.
SK Sena

Taman Ular

Pelbagai

KEM DINO TREX PETROSAINS

Seramai 11 orang pelajar tahun 5 dan seorang guru pengiring telah terlibat di dalam Kem Dino Trex Petrosains yang diadakan di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani pada 30 Mei – 2 Jun 2011. Pelajar-pelajar didedahkan tentang kewujudan dan kepupusan Dinasor serta aktiviti-aktiviti rekacipta sains.

- Pn. Fatimah bt Din
Cinta Sayang Resort

SAMBUTAN HARI GURU

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 27 Mei 2011. Majlis dimulakan dengan perarakan guru-guru ke tapak perhimpunan diiringi oleh Pengawas PSS.

Bagi memberkati majlis, bacaan doa disempurnakan oleh Ustaz Mohd Shahrul bin Ishak. Seterusnya diikuti dengan lagu ‘Negaraku’, lagu ‘Pulau Pinang’ dan lagu ‘Sekolah’.

Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran disampaikan oleh Penolong Kanan HEM , Puan Norfaizah bt Abdullah manakala Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Che Maizun bt Che Rose. Seterusnya ucapan wakil murid disampaikan oleh Muhammad Nasri bin Nasehir Khan, Ketua Pengawas Sekolah dan ucapan Guru Besar, Puan Hajjah Aishah bt Mat Akat.

En. Yusnizan bin Mohamad Yusof mengetuai Lafaz Ikrar Guru dan diikuti nyanyian lagu ‘Guru Malaysia’ dan lagu tema Hari Guru 2011.

Bagi mengenang jasa guru, penyampaian cenderahati BKKS yang disampaikan oleh Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS kepada guru dan kakitangan sokongan.

Berikutnya adalah penyampaian Anugerah Guru Cemerlang bagi tahun 2011 yang disumbangkan oleh Puan Hajjah Aishah bt Mat Akat.

ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK
– Ustazah Norhashimah bt Hashim

ANUGERAH DOKUMEN PERSEDIAAN MENGAJAR TERBAIK
– Puan Mazita bt Mohamed Ibrahim

ANUGERAH DOKUMEN JADUAL KEDATANGAN TERBAIK
– Ustazah Siti Alawiyah bt Idris

ANUGERAH GURU KREATIF
– Puan Rohani bt Haroon

ANUGERAH KHAS
– En. Yusoff bin Jamaludin

ANUGERAH TOKOH GURU
– Puan Nuzul Ashikin bt Mohamad Saad

Selepas itu upacara memotong kek hari guru disempurnakan oleh Guru Besar dan barisan Penolong Kanan. Terima kasih kepada pengusaha kantin SKMBII dan Bank Rakyat yang telah menaja kek.

Persembahan guru dimulakan dengan deklamasi sajak ‘Guru Oh Guru’ oleh Chandramogan a/l Ramaiah dan nyanyian kior guru-guru SKMBII dengan rangkaian lagu ‘Di mana Suara Burung Kenari’ , Seiring dan Sejalan’ dan ‘ Aiya Cik Siti.

Acara terakhir ialah sukaneka Kerusi Berirama, Aduhai Kasim Selamat dan Runtuh Piramid
Sambutan Hari Guru

Sambutan Hari Guru 1

Perarakan Masuk

Tokoh Guru

Kasim Selamat

Piramid

Kerusi Irama

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASAKAN SEKOLAH

Bengkel SPPBS bertujuan memberi pendedahan manual penggunaan manual bagi SPPBS kepada guru-guru.Para guru didedahkan bagaimana untuk LOGIN ke sistem dan memasukkan prestasi pelajar berdasarkan ujian formatif dan sumatif yang dilaksanakan. Bengkel ini merupakan latihan awal sebelum pelaksanaan sebenar dijalankan apabila mendapat arahan dari Lembaga Peperiksaan.
SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASAKAN SEKOLAH

KARNIVAL BAHASA 2011 KELOMPOK R17

Karnival Bahasa Melayu kelompok R17 diadakan di SK Sungai Rambai. Seramai 3 orang pelajar SKMBII telah menyertai pertandingan ini. Keputusan pertandingan, Muhammad Irfan Haikal bin Adnan - Johan Pidato, Muhammad Asfihanie bin Ibnuataillah – Ketiga Bercerita Tahap 1 dan Fahimah binti Yaakob – Ketiga Bercerita Tahap 2.

Tahniah diucapkan kepada peserta dan jurulatih En Safuan bin Shuib - Pidato, Pn. Zaiton bt Jamil - Bercerita Tahap 1 dan Pn. Rohana bt Che Man – Bercerita Tahap 2. Berkat, usaha dan kesabaran telah membuahkan hasil yang lumayan dan mengharumkan nama SKMBII.

Muhammad Irfan Haikal akan mewakili kelompok R17 ke peringkat akhir Karnival Bahasa Negeri Pulau Pinang yang akan diadakan pada 22 Jun 2011.
Gambar Karnival

Pertandingan Kokurikulum Akademik Bahasa Inggeris R17


Pertandingan Kokurikulum Akademik Bahasa Inggeris Tahun 2011 Kelompok R17 telah diadakan di SK Machang Bubok II pada 20 April 2011. Manakala Bahasa Melayu diadakan di SK Sungai Rambai.

Sekolah yang terlibat dalam kelompak R17 ialah SK Convent, SK Bukit Teh , SK Machang Bubok , SK Machang Bubok II , SJKC Kim Sen , SK Sungai Rambai , SJKC Kay Sin , SK Juara , SJKT Bukit Mertajam , SJKC Keow Kuang , SK Stowell dan SK Kampung Baru

Sebanyak 12 penyertaan dalam Story Telling dan Spelling. 11 penyertaan dalam Public Speaking manakala 4 penyertaan dalam Action Song dan Choral Speaking.

Tahniah diucapkan kepada peserta dan sekolah yang memenangi Pertandingan kokurikulum Akademik Bahasa Inggeris
PENDAFTARAN

ACTION SONG & CHORAL SPEAKING

PUBLIC SPEAKING

SPELLING

STORY TELLING

DEWAN

PENUTUP DAN HADIAH

Bola Baling Zon Bukit Mertajam


Pertandingan bola baling Zon Bukit Mertajam 2011 berlangsung di SK Stowell pada 11 April 2011 hingga 13 April 2011. Pasukan bola baling perempuan kecundang diperingkat kumpulan A. Manakala pasukan bola baling lelaki menang peringkat kumpulan C, Peringkat suku akhir penguasai pertandingan bertemu SK Juara dan SK Permai Indah. Peringkat akhir bertemu dengan tuan rumah SK Stowel.

Pasukan SKMBII memenangi pertandingan peringkat akhir. Pasukan bola baling lelaki akan mewakili Zon Bukit Mertajam ke perlawanan peringkat negeri.
bola baling (L) Johan zon BM 12 Apr

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-6


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-6 telah diadakan pada 26 MAC 2011. Mesyuarat ini dimulakan dengan ucapan aluan Guru Besar Puan Hajah Aishah bt Mat Akat dan ucapan dari YDP PIBG 2010/201, Encik Ibnuataillah bin Hashim. Dirasmikan oleh En. Marhuzairi bin Maktar, Penolong Pegawai PPD Bahagian Bimbingan dan Kaunseling.

Majlis ini diteruskan dengan membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-5, Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan PIBG 2010/2011 , Membahaskan usul dan cadangan para waris, Pembubaran AJK PIBG 2010/2011 dan diikuti pemilihan dan perlantikan PIBG 2011/2012.

Tahniah diucapkan kepada AJK PIBG 2011/2012 yang diberi mandat untuk meneruskan aktiviti dan sumbangan untuk kejayaan anak didik SKMBII.
Mesyuarat Agung PIBG

Persembahan

Gubahan

Penyampaian