KEMBARA PERLIS

Share


Pada 15 Jun 2011yang lalu, seramai 80 orang murid terdiri daripada barisan Pemimpin Murid SKMB II beserta 9 orang guru pengiring mengikut Lawatan Kepimpinan Sambil Belajar yang kendalikan oleh Pn. Shuhaida binti Othman , Guru Bimbingan dan Kaunseling.
Guru pengiring pula terdiri daripada PK Pentadbiran Pn. Che Maizon bt Che Rose, Guru Disiplin En. Yusof b. Jamaluddin, Guru Pengawas Pn. Norzaini bt Zainal Abidin, Guru PSS dan Media Pn Azizah bt Razak, Guru Data En. Idrus b. Abdul Rahman, Guru PJ En. Yusnizan bt Yusof, Guru SPBT Pn. Nur Fatnin bt Ahmad Desa dan Staf Pejabat Pn. Rosilah Guru Pengawas Lawatan pertama adalah ke Sekolah Kebangsaan Sena yang merupakan salah sebuah sekolah kluster di negeri Perlis Indera Kayangan.

Kedatangan peserta lawatan disambut dengan penuh mesra oleh Guru Besar, Encik Roslan bin Yatim serta Penolong-penolong Kanan , guru-guru dan murid-murid SK Sena.Lawatan kami disajikan dengan persembahan penerbitan multimedia dan pengedalian alatan kamera video oleh CyKidzCRAZE , penerangan P&P matematik oleh “Doctor Mathematics” serta aksi lompat tali berirama oleh Sena Jumpers. Selepas itu ahli rombongan dibawa melawat bilik-bilik khas. Banyak pengalaman baru yang dapat diperolehi sepanjang lawatan ke SK Sena. Terima Kasih diucapkan kepada Warga SK Sena kerana sudi menerima kunjungan Warga SKMB II.

Destinasi seterusnya ialah ke Taman Ular dan Padang Besar.Alhamdulillah program lawatan ini berjalan lancar sekali dengan sokongan dan kerjasama semua guru yang terlibat. Semoga peserta dapat menimba banyak pengalaman baru sepanjang lawatan ini.

SK Sena

Taman Ular

Pelbagai

0 comments: