Pada 3 Mac 2012 / Sabtu yang lalu , Unit Bimbingan &Kaunseling SKMB
II telah menganjurkan Program Bijak Belajar Untuk Murid Tahun 6.
Program yang berlangsung di dewan besar dari
jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang ini dikendalikan oleh Persatuan Barisan
Fasilitator Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan bantuan
pihak PIBG, pentadbiran sekolah, Guru AJK Bimbingan & Kaunseling, Badan
Kebajikan Guru &Staff (BKKS), guru-guru tahun 6 dan AJK program yang lain.
Program ini melibatkan 103 orang calon UPSR SKMB II, 20 orang guru dan
16 orang fasilitator UIAM. Sekalung
penghargaan dan tahniah diucapkan kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama dan usaha murni semua yang terlibat
dapat melonjakkan kecemerlangan UPSR 2012.
Klik SINI untuk album penuh.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment