Orientasi Tahun 1 - 6

Sesi persekolahan 2011 akan bermula pada 3 Januari 2011. Bagi melancarkan persekolahan, orientasi tahun 1 diadakan bagi membolehkan murid tahun 1 sesuaikan diri dalam alam persekolahan sebenar. Taklimat diberikan kepada waris tahun 1 berkaitan budaya sekolah di dewan.

Waris serta murid tahun 2 - 6 turut sama hadir untuk membuat pembayaran yuran sekolah, yuran PIBG, buku tulis dan sebagainya.
orientasi tahun 1

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Semoga dengan kehadiran tahun baru ini memberi azam baru kepada para guru, staf sokongan dan para pelajar sekalian. Diharapkan kehadiran para pelajar ke sekolah dengan satu harapan berjaya dalam pelajaran demi masa hadapan yang cemerlang.

Orientasi Prasekolah

Orientasi Prasekolah telah diadakan pada 31 Disember 2010. Pada tahun 2011, penambahan kelas prasekolah daripada 2 buah kelas kepada 3 buah kelas. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Fatimah bt Abdul Ali, guru penyelaras prasekolah. Taklimat berkaitan peraturan, kehadiran murid dan keselamatan.

Disamping itu diadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa Badan Pemuafakatan Prasekolah. Tahniah kepada ahli jawatankuasa yang dilantik. Terima kasih juga kepada para waris yang hadir. Kerjasama para waris amat diperlukan bagi menjayakan pembangunan insan.
Orientasi Pra Sekolah