WHO'S THE GENIUS?



Pada 16 Julai 2011, SKMB11 telah berjaya terpilih bagi menyertai pertandingan WHO'S THE GENIUS? CABARAN NASIONAL 2011 anjuran The New Strait Times peringkat Zon Utara DI Plaza Gerney, P.Pinang. Seramai 3 orang pelajar telah mewakili SKMB11 iaitu Muhammad Nasri b Nasehir Khan, Nadiah Farhanah bt Zakaria dan Nurul Amila bt Amir Husin. Sebanyak 25 buah sekolah dari Zon Utara telah menyertai pertandingan ini. Topik yang diuji adalah berkaitan dengan pengetahuan am, subjek sekolah iaitu sains, B. Inggeris dan B. Melayu serta kepintaran IQ. Walaupun SKMB11 tidak memenangi pertandingan tetapi menerima hadiah saguhati kategori 10 penyertaan terbaik. Syabas kepada para peserta SKMB11 kerana telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan yang dikemukakan.SKMB11 berharap akan lebih berjaya pada masa hadapan.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat Daerah Seberang Perai Tengah telah diadakan di Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai.

Majlis APC ini dirasmikan oleh YB Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah (DMSM, PJK ) Adun Kawasan Seberang Jaya. Seramai 418 warga pendidik dan kakitangan sokongan menerima APC.

Tahniah kepada warga SKMBII yang menerima APC.
APC

KEMBARA PERLIS


Pada 15 Jun 2011yang lalu, seramai 80 orang murid terdiri daripada barisan Pemimpin Murid SKMB II beserta 9 orang guru pengiring mengikut Lawatan Kepimpinan Sambil Belajar yang kendalikan oleh Pn. Shuhaida binti Othman , Guru Bimbingan dan Kaunseling.
Guru pengiring pula terdiri daripada PK Pentadbiran Pn. Che Maizon bt Che Rose, Guru Disiplin En. Yusof b. Jamaluddin, Guru Pengawas Pn. Norzaini bt Zainal Abidin, Guru PSS dan Media Pn Azizah bt Razak, Guru Data En. Idrus b. Abdul Rahman, Guru PJ En. Yusnizan bt Yusof, Guru SPBT Pn. Nur Fatnin bt Ahmad Desa dan Staf Pejabat Pn. Rosilah Guru Pengawas Lawatan pertama adalah ke Sekolah Kebangsaan Sena yang merupakan salah sebuah sekolah kluster di negeri Perlis Indera Kayangan.

Kedatangan peserta lawatan disambut dengan penuh mesra oleh Guru Besar, Encik Roslan bin Yatim serta Penolong-penolong Kanan , guru-guru dan murid-murid SK Sena.Lawatan kami disajikan dengan persembahan penerbitan multimedia dan pengedalian alatan kamera video oleh CyKidzCRAZE , penerangan P&P matematik oleh “Doctor Mathematics” serta aksi lompat tali berirama oleh Sena Jumpers. Selepas itu ahli rombongan dibawa melawat bilik-bilik khas. Banyak pengalaman baru yang dapat diperolehi sepanjang lawatan ke SK Sena. Terima Kasih diucapkan kepada Warga SK Sena kerana sudi menerima kunjungan Warga SKMB II.

Destinasi seterusnya ialah ke Taman Ular dan Padang Besar.Alhamdulillah program lawatan ini berjalan lancar sekali dengan sokongan dan kerjasama semua guru yang terlibat. Semoga peserta dapat menimba banyak pengalaman baru sepanjang lawatan ini.
SK Sena

Taman Ular

Pelbagai