MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2011

Pada 26 Ogos 2011, Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan bagi menutup tirai Program Ihya' Ramadhan bertempat di Dewan Besar SKMBII. Program ini adalah anjuran Panitia Agama Islam dengan kerjasama semua guru beragama Islam. Aktiviti yang telah dijalankankan sepanjang bulan Ramadhan ialah:

1. KULTIM (RADIO PAGI) - Bacaan ayat Al-Quran
2. Kad Muhasabah Solat/ puasa
3. Tadarus Al-Quran - penglibatan murid dan guru
4. Pertandingan kuiz terkumpul
5. KLAQ (kelas literasi Al-Quran)
6. IFTAR JAMA'IE (majlis berbuka puasa)
7. Khatam Al-Quran
8. Salam Aidil Fitri

Bermula seawal jam 8.00 pagi semua murid dan guru berkumpul di dalam dewan. Acara dimulai dengan lafaz doa dan bacaan Al-Quran oleh adik Mohd Muaz dari kelas 6A. Diikuti dengan ucapan oleh KP Agama Islam Pn Norazini dan ucapan oleh GB Pn Hjh Aishah bt Mat Akat. Dalam majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah. Kemuncak acara ialah penyampaian hadiah dan cenderahati kepada semua murid dan guru yang telah bersama-sama menjayakan Program Ihya' Ramadhan.

Sekitar jam 11.30 pagi, majlis diakhiri dengan bersalam-salaman antara murid dan guru sambil bermaafan. Pemberian 'duit raya'dengan iringan lagu-lagu Hari Raya tambah memeriahkan lagi majlis ini.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Penutup Ihya Ramadhan