Kejohanan Sepak Takraw MSSPP 12 TKB zon Bukit Mertajam 2011

Alhamdulillah Pasukan Sepak Takraw SKMB II telah menduduki tempat ke 3 bersama pasukan dari SK Kebun Sireh dalam pertandingan berpasukan.
SKMB II tewas 1-2 di tangan Pasukan SK Permai Indah di Separuh Akhir walaupun telah mendahului pada regu yg pertama.

Pada pertandingan regu, Regu A hanya mampu layak di peringkat pusingan ke dua sahaja. Manakala Regu B hanya berjaya hingga ke peringkat suku akhir. Namun, sekalung tahniah buat pasukan Sepak Takraw Sk Machang Bubok II. Anda Boleh !
Sepak Takraw
Sesi Latihan Takraw

Perjumpaan Waris dan Murid Tahun 6

Perjumpaan Waris dan Murid Tahun 6 bersama guru-guru tahun 6. Program ini adalah pendedahan format kertas soalan UPSR. Diharapkan dengan pendedahan format kertas soalan ini membolehkan para waris memantau latihan murid tahun 6 bagi menghadapi UPSR 2011.
Perjumpaan Waris dan Murid

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas dan Ketua Kelas

Pada 2 Februari 2011 berlangsungnya majlis penyerahan watikah perlantikan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

Majlis ini dirasmikan oleh Sarjan Zamri bin Hashim, Pegawai Polis, Balai Polis Machang Bubok.

Penyerahan watikah perlantikan ini diharapkan dapat memberi semangat kepada murid terpilih untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Sehubungan itu pengawas-pengawas, ketua dan penolong ketua kelas dapat menunjukkan contoh tauladan yang baik.

Majlis ini diakhiri dengan lafaz ikrar.
WATIKAH PERLANTIKAN