PERMOHONAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1

PERMOHONAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1
BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2012 DAN 2013

Semua permohonan penempatan kanak-kanak ke Sekolah Rendah hanya boleh dibuat pada seawal dua tahun sebelum kanak-kanak bersekolah. Permohonan penempatan yang dibuat pada tahun 2011 adalah bagi

a. Kanak-kanak yang lahir pada 02 Januari 2005 hingga 01 Januari 2006 yang belum membuat permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2012
b. Kanak-kanak yang lahir pada 02 Januari 2006 hingga 01 Januari 2007 untuk tahun persekolahan 2013

PERKARA PENTING

a. Permohonan penempatan boleh dibuat di pejabat SK Machang Bubok II mulai 01 Mac 2011 hingga 31 Mac 2011.
b. Dokumen yang perlu dibawa oleh ibu bapa / penjaga ketika membuat permohonan penempatan adalah :
1. Sijil Lahir kanak-kanak (Asal dan Salinan fotostat)
2. Bukti alamat tempat tinggal (Bil air/ Bil elektrik/ Lain-lain dokumen berkenaan)

LDP Asas Microsoft Office Powerpoint

Sabtu 5 Mac 2011 - Kursus penyediaan persembahan ‘powerpoint’ disampaikan oleh En. Mohd Youharman bin Yahaya. Penekanan kursus dalam penggunaan ‘wordart’ , ‘clip arts’ , ‘slideshow’ , memasukkan imej , bunyi dan video dalam pesembahan ‘powerpoint.

Disamping itu, pendedahan beberapa laman web yang boleh digunakan dalam penyediaan P&P. Penggunaan enjin pencarian yang selamat dari unsur ‘virus’ serta penggunaan antivirus yang sesuai.
LDP Powerpoint

Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Jaring

Majlis Perasmian dan Penutupan Bola Jaring 12TKB MSSPP Zon Bukit Mertajam telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohammad Noor bin Othman, Penyelia Kanan Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah, Seberang Perai Tengah. Beliau mengharapkan latihan bola jaring hendaklah diteruskan bagi meningkatkan kualiti permainan. Dapat menaikkan nama Seberang Perai Tengah serta negeri Pulau Pinang. Disamping itu merealisasikan 1 pelajar 1 permainan.

Tahniah kepada pasukan SK Alma Jaya ( Johan) dan SK Bukit Teh ( Naib Johan ) Bola Baling 12TKB MSSPP Zon Bukit Mertajam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada :
- Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang
- Tuan Haji Mohammad Noor bin Othman, Penyelia Kanan Sukan PPDT
- Puan Saadiah binti Saad, Penyelaras Bola Jaring Zon Bukit Mertajam
- Bank Rakyat, Cawangan Bandar Perda, Bukit Mertajam
- Kedai Buku Palma
- Sekolah – sekolah yang terlibat
- Para Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Jaring
- Warga SKMBII yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan bola jaring pada tahun ini.

Berakhirlah sudah kejohanan, Kami pihak pengelola memohon kemaafan sekiranya terdapat kelemahan dan kekurangan sepanjang kejohanan berlangsung.

“2012 – SK PERMAI INDAH”
Perasmian Penutupan

Bola Jaring 12TKB MSSPP Zon Bukit Mertajam

Kejohanan Bola Jaring 12TKB MSSPP Zon Bukit Mertajam berlangsung selama 3 hari bermula 1 Mac 2011 hingga 3 Mac 2011 di Padang SK Machang Bubok II. Sebanyak 17 pasukan telah mengambil bahagian.

Kumpulan A
- SK Bukit Teh
- SK Convent
- SJK(T) Ladang Alma
- SK Sungai Rambai

Kumpulan B
- SK Alma Jaya
- SK Juara
- SK Kebun Sireh
- SK Permai Indah

Kumpulan C
- SK Alma
- SK Juru
- SK Taman Impian
- SK Machang Bubok II

Kumpulan D
- SK Bukit Minyak
- SK Machang Bubok
- SJK(T) Ladang Juru
- SR Almasriyah
- SJK(T) Bukit Mertajam
Bola jaring hari pertama

Hari Kedua, kejohanan peringkat kumpulan diteruskan. Johan dan naib johan kumpulan meneruskan cabaran ke peringkat suku akhir.
Peringkat Kumpulan Hari Kedua

Pasukan layak ke suku akhir
- SK Bukit Minyak
- SK Kebun Sireh
- SK Bukit Teh
- SK Alma
- SK Alma Jaya
- SJK(T) Ladang Juru
- SK Machang Bubok II
- SK Sungai Rambai
Bola Jaring Suku Akhir

Pasukan layak ke Separuh Akhir
- SK Kebun Sireh
- SK Bukit Teh
- SK Alma Jaya
- SK Machang Bubok II
Bola Jaring Separuh Akhir
Bola Jaring Akhir