Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Jaring

Majlis Perasmian dan Penutupan Bola Jaring 12TKB MSSPP Zon Bukit Mertajam telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohammad Noor bin Othman, Penyelia Kanan Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah, Seberang Perai Tengah. Beliau mengharapkan latihan bola jaring hendaklah diteruskan bagi meningkatkan kualiti permainan. Dapat menaikkan nama Seberang Perai Tengah serta negeri Pulau Pinang. Disamping itu merealisasikan 1 pelajar 1 permainan.

Tahniah kepada pasukan SK Alma Jaya ( Johan) dan SK Bukit Teh ( Naib Johan ) Bola Baling 12TKB MSSPP Zon Bukit Mertajam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada :
- Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang
- Tuan Haji Mohammad Noor bin Othman, Penyelia Kanan Sukan PPDT
- Puan Saadiah binti Saad, Penyelaras Bola Jaring Zon Bukit Mertajam
- Bank Rakyat, Cawangan Bandar Perda, Bukit Mertajam
- Kedai Buku Palma
- Sekolah – sekolah yang terlibat
- Para Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Jaring
- Warga SKMBII yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan bola jaring pada tahun ini.

Berakhirlah sudah kejohanan, Kami pihak pengelola memohon kemaafan sekiranya terdapat kelemahan dan kekurangan sepanjang kejohanan berlangsung.

“2012 – SK PERMAI INDAH”
Perasmian Penutupan