SAMBUTAN HARI GURU

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 27 Mei 2011. Majlis dimulakan dengan perarakan guru-guru ke tapak perhimpunan diiringi oleh Pengawas PSS.

Bagi memberkati majlis, bacaan doa disempurnakan oleh Ustaz Mohd Shahrul bin Ishak. Seterusnya diikuti dengan lagu ‘Negaraku’, lagu ‘Pulau Pinang’ dan lagu ‘Sekolah’.

Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran disampaikan oleh Penolong Kanan HEM , Puan Norfaizah bt Abdullah manakala Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Che Maizun bt Che Rose. Seterusnya ucapan wakil murid disampaikan oleh Muhammad Nasri bin Nasehir Khan, Ketua Pengawas Sekolah dan ucapan Guru Besar, Puan Hajjah Aishah bt Mat Akat.

En. Yusnizan bin Mohamad Yusof mengetuai Lafaz Ikrar Guru dan diikuti nyanyian lagu ‘Guru Malaysia’ dan lagu tema Hari Guru 2011.

Bagi mengenang jasa guru, penyampaian cenderahati BKKS yang disampaikan oleh Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS kepada guru dan kakitangan sokongan.

Berikutnya adalah penyampaian Anugerah Guru Cemerlang bagi tahun 2011 yang disumbangkan oleh Puan Hajjah Aishah bt Mat Akat.

ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK
– Ustazah Norhashimah bt Hashim

ANUGERAH DOKUMEN PERSEDIAAN MENGAJAR TERBAIK
– Puan Mazita bt Mohamed Ibrahim

ANUGERAH DOKUMEN JADUAL KEDATANGAN TERBAIK
– Ustazah Siti Alawiyah bt Idris

ANUGERAH GURU KREATIF
– Puan Rohani bt Haroon

ANUGERAH KHAS
– En. Yusoff bin Jamaludin

ANUGERAH TOKOH GURU
– Puan Nuzul Ashikin bt Mohamad Saad

Selepas itu upacara memotong kek hari guru disempurnakan oleh Guru Besar dan barisan Penolong Kanan. Terima kasih kepada pengusaha kantin SKMBII dan Bank Rakyat yang telah menaja kek.

Persembahan guru dimulakan dengan deklamasi sajak ‘Guru Oh Guru’ oleh Chandramogan a/l Ramaiah dan nyanyian kior guru-guru SKMBII dengan rangkaian lagu ‘Di mana Suara Burung Kenari’ , Seiring dan Sejalan’ dan ‘ Aiya Cik Siti.

Acara terakhir ialah sukaneka Kerusi Berirama, Aduhai Kasim Selamat dan Runtuh Piramid
Sambutan Hari Guru

Sambutan Hari Guru 1

Perarakan Masuk

Tokoh Guru

Kasim Selamat

Piramid

Kerusi Irama