Facebook rasmi SKMBii

Majlis Pelantikan Pengawas SKMBii 2012


Pengawas baru bagi tahun 2012 dilantik pada satu majlis ringkas di perkarangan sekolah baru-baru ini.

1) Pengawas sekolah (Biru)
2) Pengawas Pusat Sumber (Ungu)
3) Pengawas SPBT (Kuning)
4) Ketua dan penolong Ketua Kelas (Biasa)

Kesemua pelajar yang terpilih mengangkat ikrar


Sekian.

Program Perjumpaan Waris Murid Tahun 6/2012

Satu program pra-UPSR, iaitu PROGRAM PERJUMPAAN WARIS MURID TAHUN 6/2012 dijalankan pada 11 Februari 2012. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk bersama-sama berganding bahu dengan guru dalam mendidik anak-anak mereka.


Walaubagaimanapun, program ini kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa dengan catatan kehadiran sekitar 25% sahaja. Guru besar, Puan Hajjah Aishah bt Mat Akat melahirkan rasa kecewa berikutan sambutan yang dingin terhadap program tersebut dan perkara ini menunjukkan kurangnya kesungguhan ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan anak-anaknya.

Ucapan alu-aluan dari Guru Besar SKMBii

Proses pendaftaran ibu bapa

Klik SINI untuk gambar penuh.

 Program tetap berjalan berjalan dengan lancar dan diteruskan sehingga tamat pada jam 11.30 pagi. Sekian.

Kem Bestari Solat 2012



Pada hari Sabtu, 11 Februari 2012, satu program untuk pemantapan rohani pelajar iaitu KEM Pemantapan Solat (KPS) telah diadakan di SKMBii. Berikut merupakan senarai aktiviti yang di jalankan sempenan program tersebut.


TAHAP 1
1) Teori dan Amali Wuduk
2) Niat Wuduk
3) Puzzle Ibadah
4) Niat Solat
5) Teori dan Amali Solat
6) Bacaan Dalam Solat

TAHAP 2
1) Solat Dhuha
2) Bacaan Dalam Solat
3) Amali Tayammum

Amali wuduk untuk tahap 1



 

Amali Tayammum untuk tahap 2





Klik SINI untuk album penuh

Di harap program ini mampu memantapkan jatidiri dan sahsiah pelajar. Sekian.