Choral Speaking - S.K. Machang Bubok II.mp4

Action Song - S.K. Machang Bubok II.mp4








Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Pinang

Seramai 44 orang pelajar dan guru SKMBii telah ke Pulau Pinang hari ini (18/4/12) sempena program Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Pinang.

Bangunan bersejarah tinggalan zaman British.
Anti-aircraft Gun (replica)

 Antara tempat-tempat yang di lawati termasuklah Muzium Perang yang terletak di Batu Maung, Masjid Terapung, Batu Feringgi dan Gurney Plaza. Lagi info Muzium Perang di SINI.




Masjid Terapung



Pelajar tiba di sekolah jam 5.00 petang. Lawatan tamat.



Lagi gambar di SINI.

Sekian. Oleh Cikgu Zaid.

Perkhemahan Perdana Unit Ko-Kurikulum 2012

Pada 13 hingga 14 April lepas, sekolah telah mengadakan perkhemahan untuk unit berunifom. Seramai 10 orang bagi setiap unit bernifom telah terpilih bagi mewakili Persatuan/Kelab masing-masing. Jumlah terkumpul adalah 100 orang.



Untuk penginapan, setiap kumpulan di bekalkan dengan 2 buah khemah dengan kapasiti 5 orang setiap khemah. Program perkhemahan ini diketuai oleh Kem Komandan, Cikgu Zaid bin Abd Rahman.






Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:

1) Memasang dan meruntuhkan khemah
2) Memasak
3) Teasure Hunt
4) Night Walk
5) Persembahan Kebudayaan





Proram berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa program. Sekian.



Lagi gambar di SINI.

Oleh Cikgu Zaid.

Program Kepimpinan Untuk Pemimpin Murid Tahun 2012

Pada 7 Mac 2012 / Rabu yang lalu Unit Bimbingan dan Kaunseling SKMB II- Pn. Shuhaida bt Othman dengan kerjasama Badan Pengawas Sekolah – Pn Norzaini bt Zainal Abidin dan PSS sekolah – Pn. Azizah bt Razak telah menganjurkan Program Kepimpinan untuk pemimpin murid sekolah ini.



 Program  melibatkan 80 orang pemimpin murid sekolah ini yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Ketua Darjah telah diadakan di Pulau Aman, Seberang Perai Selatan dikendalikan En. Mohd Noor b. Abd. Rahim P.J.K (Chief Trainer) dan barisan Fasilitator dari MNPA Adventures Enterprise.   



Turut membantu ialah En. Jayson Bay Ching Meng (Badan Disiplin), Pn Rosmawati bt Yunos (SPBT), En Yourharman b. Yahaya dan Pn. Suhela bt Jasin. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat, semoga program ini dapat memantapkan daya kepimpinan pemimpin murid sekolah ini.



Lagi gambar di SINI. Sekian. Cikgu Zaid

SKMBII Naib Juara Peringkat Zon Bkt Mertajam. Tahniah!!


Pada Mac lepas, pasukan bola sepak SKMBII telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir MSSPP zon Bukit Mertajam.


Perlawanan peringkat akhir diadakan pada 30 Mac lepas di Padang SK Stowell.



Pasukan SK Machang Bubok II menentang pasukan SK Juara dan diakhiri dengan kekalahan 2-1. Apa-apa pun, tahniah untuk pasukan sekolah kerana berjaya menjadi naib juara peringkat zon.




Lagi gambar di SINI.

Sekian - Cikgu Zaid.

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 7 SMBKII (2012)

 
Lagi gambar di SINI - Oleh Cikgu Chandra

Pertandingan Bola Sepak MSSPP Peringkat Zon Bukit Mertajam

Tahniah di ucapkan kepada pasukan bola sepak bimbingan jurulatih hebat, Cikgu Yusnizan di atas kejayaan Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II kerana melayakkan pasukan ke peringkat akhir bagi pertandingan bola sepak MSSPP Peringkat Zon Bukit Mertajam.



Berikut merupakan senarai perlawanan yang telah di lalui oleh pasukan sekolah kita:

Peringkat Kumpulan
1) SKMB2 lwn SABK Al-Masriyah (10-0)
2) SKMB2 lwn SJKT (2-0)
3) SKMB2 lwn SKMB (6-0)
4) SKMB2 lwn SK Juara (0-2)

Suku Akhir
SKMB2 lwn SK Pauh Jaya ( 3-0)

Separuh Akhir
SKMB2 lwn SK Sg Rambai (2-0)

Akhir
SKMB2 lwn SK Juara
( Perlawanan pada 30/3/2012, jam 4.00 ptg di SK Stowell)







Lagi gambar klik di SINI

Semoga kejayaan adalah milik pasukan sekolah kita.

Di jemput seluruh warga SKMBII untuk beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan kita pada petang ini (30/3/12), jam 4.00 ptg bertempat di SK Stowell. Semoga dengan kehadiran anda dapat meningkatkan motivasi dan semangat para pemain kita. Insya Allah..


Sekian.

Majlis Pelancaran Program Nilam 2012


Pada 5 Februari 2012 telah berlansungnya majlis Pelancaran Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) 2012.  Majlis ini bertujuan memupuk dan menyemai tabiat membaca yang berterusan di kalangan murid-murid dan warga SKMBII. Disamping itu  promosi hadiah NILAM bagi pembaca terbanyak iaitu sebuah basikal bernilIn RM 250 turut dipamerkan di PSS sepanjang tahun ini . Semoga  ianya dapat menarik minat dan menggalakan murid-murid untuk menyertai dalam sebarang aktiviti yang akan dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah.


     Bermula pukul 8.15 pagi  semua warga SKMBII berkumpul di tapak perhimpunan. Lafaz doa yang dipimpin  oleh Ustaz Mohd Shahrul adalah pembuka tirai majlis. Diikuti dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu Cik Nazirah bt Jabri. Kemudian, Pn Azizah selaku Guru Perpustakaan & Media merangkap penyelaras NILAM telah menyampaikan taklimat berkaitan program  yang bakal diadakan sepanjang tahun 2012. 



Kemuncak acara ialah ucapan dan perasmian Pelancaran NILAM 2012  oleh Pn Hjh Aishah bt Mat Akat Guru Besar SKMBII. Serentak dengan itu baner Pelancaran Nilam diturunkan dan tembakan  kertas berwarna-warni dilepaskan. Bagi memeriahkan suasana, acara persembahan guru iaitu memperomosikan buku cerita  yang terdapat di PSS diadakan. Diakhir acara ialah nyanyian lagu NILAM beramai-ramai yang diketuai oleh para pengawas PSS.


     Semoga dengan berlangsungnya majlis ini, minat membaca dalam diri muri-murid dapat ditingkatkan. Sekian.

Klik SINI untuk album penuh.

Program Bijak Belajar Murid Tahun 6 Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling Skmb Ii


Pada 3 Mac 2012 / Sabtu yang lalu , Unit Bimbingan &Kaunseling SKMB II telah menganjurkan Program Bijak Belajar Untuk Murid Tahun 6.  

 

Program yang berlangsung di dewan besar dari jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang ini dikendalikan oleh Persatuan Barisan Fasilitator Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan bantuan pihak PIBG, pentadbiran sekolah, Guru AJK Bimbingan & Kaunseling, Badan Kebajikan Guru &Staff (BKKS), guru-guru tahun 6 dan AJK program yang lain.



 Program ini melibatkan 103 orang calon UPSR SKMB II, 20 orang guru dan 16 orang fasilitator UIAM.  Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada  semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.  Semoga kerjasama dan usaha murni semua yang terlibat dapat melonjakkan kecemerlangan UPSR 2012.


Program ini dijalankan oleh pelajar-pelajar dari UIA Gombak dengan kerjasama pihak sekolah. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pukul 5.00 petang. Murid-murid mendapat banyak pengetahuan dan kemahiran daripada program ini serta memberi motovasi kepada mereka untuk belajar secara pintar. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima-kasih kepada pelajar-pelajar UIA-Gombak kerana sudi meluangkan masa untuk bersama dengan murid-murid sekolah SKMBII.





Klik SINI untuk album penuh.

Sekian.

Guru Besar SK Machang Bubok II


Semua ibu bapa dan guru SK Machang Bubok II boleh mengenali Guru Besar kita dengan lebih dekat di SINI.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2012


Satu majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun 2012 telah diadakan di sekolah pada hari Sabtu lepas. Majlis ini bertujuan untuk memperingati dan menghargai perjuangan Rasulullah dalam memperjuangkan syiar Islam.



Perarakan sambil berselawat menjunjung kebesaran Nabi Muhammad SAW. Perarakan ini bertujuan untuk menyemai perasaan cinta kepada Rasulullah.


 Ceramah sempena maulidur rasul olehu staz jemputan iaitu Ust. Muhammad Khairul Azhar Ghazali (Imam Muda). Peminat Ust. Muhammad Khairul Azhar Ghazali boleh mengikuti perkembangan beliau di laman Facebook rasmi beliau di SINI. Sekian.


Klik gambar untuk ke Facebook rasmi beliau.


Laman dan Sudut Ilmu SKMBII

Pokok-pokok baru ditambah bagi menceriakan pondok ilmu dan kawasan sekitar.
Ceria dan Menarik -  Ciri baru pondok ilmu yang di kemaskini oleh guru-guru praktikal dan guru-guru ganti.
Sudut antidadah juga menerima pembaharuan.
Lagi gambar sudut antidahah.
Mini Muzium - Alat-alat tradisional yang susah dijumpai pada masa kini dipamerkan di sini untuk tatapan pelajar generasi baru.

Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar

SKMB II berasa  bertuah kerana telah dicalonkan oleh BTPN negeri Pulau Pinang untuk menyertai Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2011 Oleh itu, pada  23 Februari 2012.




SKMB II telah menerima kehadiran 3  orang hakim pertandingan tersebut  iaitu Pn Yasmin @ Rodiah bt Abdul pegawai PPD Timur Laut, En  Muhamad Radzi b Nanyan pegawai PKG Air Tawar dan En Mohd Faisal b Hj Ismail   pegawai PKG Penanti. En Azmi b Ahmad  Penolong Kanan Hem, Pn Saksinar PK P.Khas serta Pn Azizah bt Razak selaku GPM  telah mengiringi para pegawai penilai melawat semua bilik-bilik khas dan sekitar sekolah.




Akhir sekali, penilaian ke atas PSS induk iaitu bilik bacaan @ perpustakaan  dan bilik multimedia. Sekian.


Pemeriksaan Pendengaran (Audio) Bagi Murid-murid Pendidikan Khas SKMBII






Murid-murid pendidikan khas diberi ujian pendengaran (audio) bagi memastikan mereka kekal sihat sepenuhnya.





Klik SINI untuk album penuh. Sekian.